minda rakyat
Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

KAMPONG RAWA  ... KERANA API PERKAUMAN!

oleh: irzaimi

Sekitar awal tahun 1998, kita semua dikejutkan dengan peristiwa rusuhan kaum di Kampung Rawa berdekatan dengan Datuk Keramat di tengah-tengah Pulau Pinang. Saya berada di situ sejak malam sebelum kejadian, puncanya mudah hanya kerana kuil hindu yang dibina secara haram terlalu hampir dengan masjid. Saya tidur di masjid Kampung Rawa pada malam itu, bersama dengan ratusan lagi orang melayu Islam, Dengan dikepung oleh FRU di kiri bangunan masjid.  Patung di kuil itu dialihkan pada malam itu disaksikan oleh saya dan ratusan lagi, semuanya berlaku tanpa ada kejadian yang tidak diingini. Semuanya aman kecuali terdengar tangisan sami kuil yang teramat hiba.

Selepas sembahyang Jumaat

Kebetulan hari itu hari Jumaat, suasana paginya aman, tetapi bila mulai waktu solat Jumaat, orang melayu Islam berpusu pusu bersembahyang, selain bangunan masjid, tiga khemah sementara didirikan untuk menampung limpahan orang melayu Islam yang hendak bersolat itu. Sejurus habis solat semuanya bertakbir, dan bergerak ke arah masyarakat hindu yang dilindungi oleh FRU, semuanya dengan semangat yang terlalu luar biasa, saya bersama kumpulan di hadapan sekali, bertakbir penuh semangat. Seketika kemudiannya, kami bertempur dengan FRU dan  mulalah adegan yang tak ingin kita semua lihat terjadi di bumi Malaysia ini. Kami lari dari FRU, saya melihat dengan jelas bagaimana seorang remaja India dibelasah di hadapan saya. Merayu minta ampun, kemudian motorsikal yang
dinaikinya dihumban ke dalam sungai yang berhampiran.

Dari satu sudut lain, saya melihat sekumpulan pemuda sedang merobohkan kuil, dan saya melihat bagaimana seorang lelaki melayu ditetak oleh seorang India yang ingin mempertahankan kuilnya. Semuanya menjadi nostalgia di dalam ingatan saya.

Apa sudahnya

Saya berada di dalam kumpulan orang ramai apabila diberitahu 2 orang pemuda melayu telah ditetak di Waterfall, kami bertakbir penuh semangat dan kutipan untuk membeli parang dilakukan segera, tak sampai sepuluh minit, hampir 1000 ringgit dikutip, hanya dengan melaungkan slogan 'kita hambat balik India'.

Kemudian dari itu, suasana tidak tenteram telah berlaku, masyarakat yang hidup aman tiba tiba berkocak hanya kerana kegopohan dua tiga orang. Isu kuil di sebelah masjid telah selesai pada malam itu, tapi kenapa esoknya melayu merusuh. Sehingga kami yang tinggal di sana tidak benarkan anak gadis keluar rumah berseorangan walaupun waktu siang, kerana khabar angin mengatakan seorang
gadis telah diculik di Air Hitam. Keadaannya benar benar menakutkan, kami sering curiga dan berpesan supaya pemuda membawa senjata bersama takut takut diserang. Kerana api perkauman, kita yang hidup aman damai, rasa curiga pada jiran sebelah kita hanya kerana beliau dari kaum lain. Kita tidak bertegur sapa walhal sebelumnya kita ramah. Semuanya mengambil masa untuk pulih dan walaupun  pulih parutnya tetap ada.

Berhati hati bermain api

Cerita 2 pemuda melayu ditetak hingga mati di Waterfall, cerita Masjid Titi Papan terbakar, Cerita kuil di Permatang Pauh dibakar hanya khabar angin, yang bertiup tetapi kesannya kita lihat jelas, membangkitkan semangat yang luar biasa. Semangat yang bisa membakar kita, perpaduan yang dibina sekian lama, yang bisa memusnahkan negara. Keharmonian kaum adalah aset penting untuk meningkatkan ekonomi negara. Kita gadaikan hanya kerana isu telah selesai. Dan sekarang ini,
sekali lagi GPMS cuma membakar semangat itu, bayangkan apa yang terjadi andai melayu marah dan merusuh, berapa banyak kedai cina yang akan menjadi mangsa, berapa banyak pemuda melayu yang akan terkorban hanya kerana sandiwara politik Mahathir. Dan yang lebih penting adalah perpaduan kaum ini, bayangkan andai kita curiga mencurigai, harus diingat bukan semua melayu majoriti pada setiap kawasan bahkan di pekan pekan besar, majoritinya adalah kaum cina lalu apa yang akan terjadi kepada kita. Bayangkan bagaimana kita susahnya kita andai ia terjadi, kita nak keluar bebas, nak bercampur dan bergurau senda dengan kaum lain sudah tidak boleh. Dan kita akan terus takut untuk membiarkan anak anak kita keluar dari rumah tanpa pengawasan kita. Lalu mengapa harus bermain dengan apa wahai Shuhaimi. Mengapa semangat kebangsaan dimainkan.

Teliti dan pertimbangkan

Tuntutan Suqui (sebenarnya rayuan - webmaster) itu, walaupun bukan semuanya kita sokong tetapi sebagai besarnya kita akui baik untuk reformasi di Malaysia, ada yang keterlaluan kita minta diubahkan, bukan menarik balik semuanya. Mahathir takut untuk berhadapan dengan tuntutan yang meminta beliau dan kerajaannya lebih telus dan adil. Mahathir takut untuk berubah, lalu apa diharapkan lagi, mari kita jatuhkan dia dan kita selesaikan isu Suqui di meja bulat, yang mana menyentuh hak istimewa melayu, kita runding suruh Suqui ubah atau gantikan, yang mana baik kita ambil dan kembalikan ketelusan pada sistem pemerintahan dan pentabiran kerajaan.

Dengarlah kaum cina

Andai hendak melihat tuntutan itu dipertimbangkan, yang pertama perlu dilakukan adalah nyahkan Mahathir dari kerusinya. Bersama sama kami gulingkan Mahathir dan kita rundingkan soal tuntutan itu setelah Mahathir dinyahkan. Selagi Mahathir ada percayalah dia tak akan berani untuk teluskan sistem seperti yang kamu minta kerana dia sendiri akan terhukum andai dia teluskan sistem itu. Dia sendiri rasuah sudah pastilah dia tak berani nak bentangkan akta rasuah yang lebih ketat. Jadi logik mudah, tumbangkan Mahathir dan kita lakukan reformasi ke arah Malaysia yang lebih adil.

Reformasi ke arah Malaysia yang lebih adil

ayat@freeanwar.com
www.webreformis.com

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter